Saturday, January 31, 2009

CHELSEA MENANG

Malam ini(1 Februari 2009) kita akan tonton sebuah lagi perlawanan yangMENDEBARKANantaraLIVERPOOLdenganCHELSEA
Siapa menang???
Ini merupakan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian:
Kalahkan Chelsea atau lupakan EPL: Benayoun

LONDON: Liverpool diingatkan bahawa mereka perlu mengalahkan Chelsea hujung minggu ini atau melupakan hasrat memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang pertama sejak 1990.

Kenyataan itu bukannya permainan psikologi Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Sebaliknya, ia terbit daripada mulut pemain Liverpool sendiri, Yossi Benayoun, yang memberikan penilaian itu terhadap situasi skuad Rafael Benitez ketika ini, selepas sekadar meraih keputusan seri dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka.

Kehilangan enam mata menentang Stoke, Everton dan Wigan menyaksikan Liverpool tergelincir ke tangga ketiga carta, di belakang Chelsea melalui perbezaan gol dan dua mata tertinggal kepada pendahulu United, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

United berdepan pertarungan sukar dengan Everton di Old Trafford, hari ini dan tambah memeritkan buat skuad Ferguson yang dilanda masalah kecederaan pemain yang teruk.

Tetapi sukar untuk menolak rumusan bahawa kejuaraan itu kini terletak pada genggaman juara bertahan itu dan Benayoun kelihatan bersetuju dengan andaian berkenaan.

“Chelsea adalah lawan penting buat kami sekarang,” kata pemain tengah itu. “Kami perlu mula menang perlawanan jika mahu mempunyai peluang menjuarai liga.

“Perlawanan yang kami seri baru-baru ini sepatutnya kami menang dan ia akan meletakkan kami di tangga teratas liga. Tetapi kami menjadikan situasi semakin sukar buat diri sendiri.”

Prestasi hambar penyerang Fernando Torres sejak kembali daripada kecederaan terbarunya juga tidak membantu matlamat Liverpool.

Benitez amat terdesak memerlukan penyerangnya menemui semula sentuhan berbisanya yang menyaksikan pemain itu meledakkan 33 gol musim lalu, penampilan pertamanya dalam bola sepak Inggeris, walaupun pengurus itu pantas menyatakan bahawa Torres tidak beraksi apabila Liverpool mengalahkan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge, Oktober lalu.

Chelsea berkunjung ke utara dengan gagal mengalahkan pasukan pencabar utamanya musim ini dan pemain tengah, Michael Ballack mengakui keputusan seri mungkin boleh diterima dalam pertarungan esok.

“Kedua-dua pasukan akan cuba untuk menang kerana United mempunyai kelebihan satu perlawanan dan adalah jelas kami perlu menang,” kata kapten skuad kebangsaan Jerman itu. - AFP
ServerFreak Web Hosting Solutions