Wednesday, November 11, 2009

CHELSEA MENANG

CHELSEA MENANG LAGI - MANCHESTER UNITED KALAH

Dah kalah tu macam-macam pulak…


PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson masih tidak ”malu-malu” untuk mengkritik pengadil, kali ini Martin Atkinson yang mengadili perlawanan Chelsea-United di Stamford Bridge awal pagi tadi pula menjadi sasaran kemarahannya.
Ini lagi tak betul…
Ferguson mempertikai beberapa keputusan Atkinson dalam perlawanan itu, termasuk kekasaran Darren Fletcher ke atas Ashley Cole yang membawa kepada gol kemenangan Chelsea, juga jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-76.
Tambah Ferguson, jika pengadil terus membuat keputusan buruk, ia akan menyebabkan pengurus (Uncle Alex sorang je..) dan pemain hilang kepercayaan kepada mereka.
Yang ni lagi karut… dah nak kalah tu macam-macam
“Jelas, Darren Fletcher memenangi bola itu – Ashley Cole tidak pernah menyentuh dan telah melompat ke udara – dan kemudian (Didier) Drogba menarik Brown ke tanah untuk membuat percubaan.
“(kedudukan) Pengadil tidak dapat melihat apa-apa.. – ketika membuat keputusan itu – dia tidak dapat melihat apa-apa. Ada pemain Chelsea (Joe Cole) berdiri tepat di depannya – dan dia bahkan tidak bergerak.
“Itu (sepakan percuma) keputusan yang buruk, tapi tak ada yang boleh kita lakukan tentang keputusan tersebut. Kadang-kadang anda kehilangan kepercayaan pada pengadil (kerana keputusan seperti itu).. begitulah cara pemain bercakap di sana – itu adalah (keputusan) teruk,” katanya.

KOMEN PENULIS:

Kalau sudah kalah semua tak betul. Pengadil tak betul..padang tak elokla...penonton buat kacau la... Kalau menang tu, semuanya betul. Pengadil bagus... dan semuanya bagus ....
Rooney bertanyakan sesuatu kepada pengadil

Sunday, November 01, 2009

CHELSEA HEBAT

Ucapan TAHNIAH!buat CHELSEA kerana berjaya berada di TOP BPL. Sekali ini, MANCHESTER UNITED tak ada "chance" la nampaknya. Boleh dengar Uncle ALEX FERGUSON tu komen nak bagi sedap hati. CHELSEA boleh pukul MU minggu depan... confirm champion. Yang best tua, dua tiga game yang lepas ni, semuanya makan besar (Bukan nak takabbur). Kalau boleh consistant macam tu, kira ok la..

Thursday, May 07, 2009

UEFA Champion - Refree kartun

CHELSEA tidak kalah dalam 2nd Leg Semi-final dengan BARCALONA. CHELSEA patut menang selesa. Penalty patutnya dapat 4 kali. Tapi, Refree kartun punya hal, CHELSEA putih mata. Buang saja refree tu, lencana FIFA yang dia pakai tu patut lempar dalam longkang aje. Teruk punya refree, bola kena tangan pun tak handball.. orang kampung pun tau. Yang 3 lagi tu mungkin boleh diterima sebagai "fair tackle".
Refree ni mungkin dapat share dengan Barca punya team. Minta FIFA siasat la...Nampak sangat. Tapi, walau apa pun, CHELSEA tidak kalah. FIFA kena buat replay match baru adil. Kalau tidak, satu dunia akan kutuk FIFA. Silap-silap haribulan Refree tu pun nanti kena taruh dengan penyokong CHELSEA. Geram betul.. last minit dia orang score.
Harap-harap ManU boleh kalahkan mereka.

Monday, April 13, 2009

CHELSEA MENANG KE?


Sunday, March 22, 2009

IMPIAN GUUS HIDDINK- Chelsea coach

"Secara realistiknya, Chelsea begitu mengimpikan gelaran Juara Eropah. Ia adalah pilihan utama kami. Saya pernah menjuarainya pada permulaan karier saya. Saya begitu teruja untuk memenanginya buat kali kedua". Itulah kenyataan Guus Dink, seperti yang ditulis oleh sebuah akhbar Ahad 22 Mac 2009.

Apakah ini sesuatu angan-angan atau bakal menjadi kenyataan. Tapi, ada yang tidak menyedapkan hati ialah bila diundi CHELSEA akan berjumpa Liverpool. Tampak sedikit goyah kerana Liverpool mempunyai rekod yang baik apabila berlawan dengan pasukan yang elit dan mereka berupaya mengecewakan pasukan lawan. Apa yang diharapkan agar Guus Hiddink mampu mencipta suatu strategi yang terbaik dan mampu meranapkan impian Liverpool.
LIVERPOOL
CHELSEA

CHELSEA KALAH!

Semalam perlawanan Barclays Primier League melibatkan CHELSEA dengan Tottenham Hotspurs, dan Man U dengan Fulham. Yang seronoknya, Man U kalah dengan Fulham. Tapi, yang sedihnya pulak CHELSEA kalah tipis dengan Fulham (1-0). Macam mana boleh jadi macam itu. Berdasarkan apa yang saya tonton melalui TV, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan CHELSEA boleh kalah. Secara keseluruhannya, bukan sebab "coach", tapi sebab "players". Seiap game yang saya tengok,CHELSEA banyak main "santai" atau bermain secara relaks dan tidak ada kesungguhan. Bola banyak dimainkan secara "tolak ke belakang" dan tidak ada cubaan untuk menyerang dengan pantas kecuali kalau dalam kekalahan. Kadang-kadang terjadi bola sudah berada di depan gol (depan kotak penalti) telah ditolak ke belakang dan terus ke Petr Cech . Ini yang merimaskan, seoalah-olah players CHELSEA lebih suka mengawal bola dengan cantik daripada membuat "blind shoot" yang berkemungkinan mendatangkan hasil seperti pemain-pemain Man U, Liverpool, Arsenal dan beberapa kelab yang lain.


Ini bukan sebab jurulatih. Ini sebab pemain-pemain yang ada perlu diterapkan corak permainan yang agresif dan pantas menyerang bukan menolak bola ke belakang. Michael Ballack tidak sesuai lagi dengan corak permainan sebegini. Bossingwa juga lambat menghantar bola sehingga pergerakan Drogba dan Anelka sudah boleh dibaca oleh pihak lawan.
Saya mencadangkan kepada pihak pengurusan CHELSEA menukar pemain yang tidak mendatangkan hasil daripada menukarkan jurulatih. Its no fair, to dismissed coach when team lost. We must see weither the player can contribute to the team or not.


Monday, March 16, 2009

CHELSEA win again!

LONDON: Jaringan tunggal Michael Essien membantu Chelsea kembali merampas kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester City 1-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Kemenangan penting itu memberikan barisan pimpinan Guus Hiddink 61 mata untuk terikat dengan Liverpool tetapi berada di atas pencabar dari Anfield itu di atas perbezaan jaringan.

Chelsea memulakan aksi babak pertama dengan terus melancarkan serangan ke kawasan pelawa. Pemain pertahanan, Ricardo Carvalho memiliki peluang pertama pada minit ke-14, namun tandukannya hasil sepakan sudut Frank Lampard tersasar ke sebelah kanan.
Pasukan bimbingan Hiddink akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Essien pada minit ke-17 berpunca daripada sepakan percuma Lampard di sebelah kanan kawasan City.

Chelsea menggandakan asakan pada babak kedua tetapi barisan serangan kelab London itu tetap gagal menambah jaringan dan berpuas hati dengan mata penuh. – Agensi

ULASAN

Yang seronok sekali bila Manchester United kalah di kubu sendiri dengan Liverpool!!. Padan muka Alex Ferguson. Biar dia tahu erti kekalahan. Jangan selalu cakap besar. Yang “fed-up” dengan MU ni, players nya sombong-sombong belaka. Maki refree suka-suka aje. Biarlah kekalahan ini akan berterusan. Nanti jumpa Fulham kena “makan” 1-0 pun cukup le.. sri pun tak ape. Sepatutnya gol jaringan Chelsea semalam 3-0. Dua sepakan penalty patut diberikan kepada Chelsea . Keputusan pengadil adalah muktamad.

Loading...