Monday, February 09, 2009

MINI OLIMPIKMalaysia

MINI OLIMPIKMalaysia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini. Penganjurnya ialah Kementeria Belia dan Sukan (KBS). Penganjuran ini telah menimbulkan kebimbangan persatuan-persatuan sukan seluruh tanah air yang disuarakan kepada Majlis Olimpik Malaysia(MOM).Pada dasarnya objektif sebenar "Mini Malaysia" tidak jelas.MOM akan mengemukakan pandangan atas kebimbangan ini kepada KBS dan Majlis Sukan Negara(MSN).

Penganjuran SUKMA adalah bersifat MINI OLIMPIK. Bagi persatuan-persatuan sukan, SUKMA sudah agak berjaya mencapai objektif dalam mencungkil atlit remaja. Kebimbangan persatuan-persatuan sukan adalah berkisar kepada kekurangan sambutan ke atas pertandingan anjuran persatuan-persatuan dan sebaliknya lebih tertumpu lepada MINI OLIMPIK.Mereka mencadangkan agar pertandingan anjuran persatuan dimasukkan sebagai pertandingan dalam MINI OLIMPIK. Ini akan menjadi lebih meriah dan menguji pencapaian atlit.
ServerFreak Web Hosting Solutions