Sunday, March 22, 2009
IMPIAN GUUS HIDDINK- Chelsea coach
Apakah ini sesuatu angan-angan atau bakal menjadi kenyataan. Tapi, ada yang tidak menyedapkan hati ialah bila diundi CHELSEA akan berjumpa Liverpool. Tampak sedikit goyah kerana Liverpool mempunyai rekod yang baik apabila berlawan dengan pasukan yang elit dan mereka berupaya mengecewakan pasukan lawan. Apa yang diharapkan agar Guus Hiddink mampu mencipta suatu strategi yang terbaik dan mampu meranapkan impian Liverpool.
LIVERPOOL
CHELSEA
CHELSEA KALAH!
Semalam perlawanan Barclays Primier League melibatkan CHELSEA dengan Tottenham Hotspurs, dan Man U dengan Fulham. Yang seronoknya, Man U kalah dengan Fulham. Tapi, yang sedihnya pulak CHELSEA kalah tipis dengan Fulham (1-0). Macam mana boleh jadi macam itu. Berdasarkan apa yang saya tonton melalui TV, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan CHELSEA boleh kalah. Secara keseluruhannya, bukan sebab "coach", tapi sebab "players". Seiap game yang saya tengok,CHELSEA banyak main "santai" atau bermain secara relaks dan tidak ada kesungguhan. Bola banyak dimainkan secara "tolak ke belakang" dan tidak ada cubaan untuk menyerang dengan pantas kecuali kalau dalam kekalahan. Kadang-kadang terjadi bola sudah berada di depan gol (depan kotak penalti) telah ditolak ke belakang dan terus ke Petr Cech . Ini yang merimaskan, seoalah-olah players CHELSEA lebih suka mengawal bola dengan cantik daripada membuat "blind shoot" yang berkemungkinan mendatangkan hasil seperti pemain-pemain Man U, Liverpool, Arsenal dan beberapa kelab yang lain.
Ini bukan sebab jurulatih. Ini sebab pemain-pemain yang ada perlu diterapkan corak permainan yang agresif dan pantas menyerang bukan menolak bola ke belakang. Michael Ballack tidak sesuai lagi dengan corak permainan sebegini. Bossingwa juga lambat menghantar bola sehingga pergerakan Drogba dan Anelka sudah boleh dibaca oleh pihak lawan.
Saya mencadangkan kepada pihak pengurusan CHELSEA menukar pemain yang tidak mendatangkan hasil daripada menukarkan jurulatih. Its no fair, to dismissed coach when team lost. We must see weither the player can contribute to the team or not.
Monday, March 16, 2009
CHELSEA win again!
LONDON: Jaringan tunggal Michael Essien membantu Chelsea kembali merampas kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester City 1-0 di Stamford Bridge, malam tadi.
Kemenangan penting itu memberikan barisan pimpinan Guus Hiddink 61 mata untuk terikat dengan Liverpool tetapi berada di atas pencabar dari Anfield itu di atas perbezaan jaringan.
Chelsea memulakan aksi babak pertama dengan terus melancarkan serangan ke kawasan pelawa. Pemain pertahanan, Ricardo Carvalho memiliki peluang pertama pada minit ke-14, namun tandukannya hasil sepakan sudut Frank Lampard tersasar ke sebelah kanan.
Pasukan bimbingan Hiddink akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Essien pada minit ke-17 berpunca daripada sepakan percuma Lampard di sebelah kanan kawasan City.
Chelsea menggandakan asakan pada babak kedua tetapi barisan serangan kelab London itu tetap gagal menambah jaringan dan berpuas hati dengan mata penuh. – Agensi
ULASAN
Yang seronok sekali bila Manchester United kalah di kubu sendiri dengan Liverpool!!. Padan muka Alex Ferguson. Biar dia tahu erti kekalahan. Jangan selalu cakap besar. Yang “fed-up” dengan MU ni, players nya sombong-sombong belaka. Maki refree suka-suka aje. Biarlah kekalahan ini akan berterusan. Nanti jumpa Fulham kena “makan” 1-0 pun cukup le.. sri pun tak ape. Sepatutnya gol jaringan Chelsea semalam 3-0. Dua sepakan penalty patut diberikan kepada Chelsea . Keputusan pengadil adalah muktamad.