Monday, March 16, 2009

CHELSEA win again!

LONDON: Jaringan tunggal Michael Essien membantu Chelsea kembali merampas kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester City 1-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Kemenangan penting itu memberikan barisan pimpinan Guus Hiddink 61 mata untuk terikat dengan Liverpool tetapi berada di atas pencabar dari Anfield itu di atas perbezaan jaringan.

Chelsea memulakan aksi babak pertama dengan terus melancarkan serangan ke kawasan pelawa. Pemain pertahanan, Ricardo Carvalho memiliki peluang pertama pada minit ke-14, namun tandukannya hasil sepakan sudut Frank Lampard tersasar ke sebelah kanan.
Pasukan bimbingan Hiddink akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Essien pada minit ke-17 berpunca daripada sepakan percuma Lampard di sebelah kanan kawasan City.

Chelsea menggandakan asakan pada babak kedua tetapi barisan serangan kelab London itu tetap gagal menambah jaringan dan berpuas hati dengan mata penuh. – Agensi

ULASAN

Yang seronok sekali bila Manchester United kalah di kubu sendiri dengan Liverpool!!. Padan muka Alex Ferguson. Biar dia tahu erti kekalahan. Jangan selalu cakap besar. Yang “fed-up” dengan MU ni, players nya sombong-sombong belaka. Maki refree suka-suka aje. Biarlah kekalahan ini akan berterusan. Nanti jumpa Fulham kena “makan” 1-0 pun cukup le.. sri pun tak ape. Sepatutnya gol jaringan Chelsea semalam 3-0. Dua sepakan penalty patut diberikan kepada Chelsea . Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment

Please write here:

ServerFreak Web Hosting Solutions