Monday, November 23, 2009

ALAHAI MANCHESTER UNITED

Apa hal pula si uncle Alex Ferguson? Memang betul apa yang dikata... Dulu masa MU kalah, dia hentam refree bagai hendak gila. Kelmarin menag 3-0 dengan Everton (pasukan nombor 14 dalam carta liga BPL), dia tidak puji refree pun. Berapa punya buruk perangai betul si uncle manager ( orang Kedah kata mandajai)MU ni. Sudah lah Chelsea (saya punya team la)menang besar 4-0 ke atas Wolves, dia lagi cakap MU ada peluang nak jadi juara BPL sampai Tahun Baru 2010 nanti. Ini seduatan dari Berita Harian 23 November 2009:

"Seandainya kami sampai ke Tahun Baru dan kami hanya ketinggalan satu mata atau pun mendahului satu mata atau pun sama, bererti kami mempunyai peluang terbaik dalam babak kedua musim"

kata Sir Alex Ferguson (tak sedar-sedar diri).

Yang buruknya si uncle Alex ini ialah tidak mahu mengaku kelemahan team atau diri sendiri. Sebaliknya, terlalu angkuh dan menganggap MU adalah masih The Best Team in England atau Eropah dan dunia. Kalau tengok pemain MU, memang tidak pernah "shake hand" kalau menjatuhkan pemain lawan. Sombong betul. Ini yang si tua bangka tu ajar pemain-pemain MU. Mana dia "respect" yang selalu dilaung-laungkan oleh FIFA.

Berbeza dengan team Chelsea yang sekarang sedang mendahului 33 mata. Respect gila pada pengurus Chelsea yang sentiasa "cool" dan serius. Jarang nampak ia tersenyum.. Tapi, pemain-pemain Chelsea respect pemain lain.

Wednesday, November 11, 2009

CHELSEA MENANG

CHELSEA MENANG LAGI - MANCHESTER UNITED KALAH

Dah kalah tu macam-macam pulak…


PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson masih tidak ”malu-malu” untuk mengkritik pengadil, kali ini Martin Atkinson yang mengadili perlawanan Chelsea-United di Stamford Bridge awal pagi tadi pula menjadi sasaran kemarahannya.
Ini lagi tak betul…
Ferguson mempertikai beberapa keputusan Atkinson dalam perlawanan itu, termasuk kekasaran Darren Fletcher ke atas Ashley Cole yang membawa kepada gol kemenangan Chelsea, juga jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-76.
Tambah Ferguson, jika pengadil terus membuat keputusan buruk, ia akan menyebabkan pengurus (Uncle Alex sorang je..) dan pemain hilang kepercayaan kepada mereka.
Yang ni lagi karut… dah nak kalah tu macam-macam
“Jelas, Darren Fletcher memenangi bola itu – Ashley Cole tidak pernah menyentuh dan telah melompat ke udara – dan kemudian (Didier) Drogba menarik Brown ke tanah untuk membuat percubaan.
“(kedudukan) Pengadil tidak dapat melihat apa-apa.. – ketika membuat keputusan itu – dia tidak dapat melihat apa-apa. Ada pemain Chelsea (Joe Cole) berdiri tepat di depannya – dan dia bahkan tidak bergerak.
“Itu (sepakan percuma) keputusan yang buruk, tapi tak ada yang boleh kita lakukan tentang keputusan tersebut. Kadang-kadang anda kehilangan kepercayaan pada pengadil (kerana keputusan seperti itu).. begitulah cara pemain bercakap di sana – itu adalah (keputusan) teruk,” katanya.

KOMEN PENULIS:

Kalau sudah kalah semua tak betul. Pengadil tak betul..padang tak elokla...penonton buat kacau la... Kalau menang tu, semuanya betul. Pengadil bagus... dan semuanya bagus ....
Rooney bertanyakan sesuatu kepada pengadil

Sunday, November 01, 2009

CHELSEA HEBAT

Ucapan TAHNIAH!buat CHELSEA kerana berjaya berada di TOP BPL. Sekali ini, MANCHESTER UNITED tak ada "chance" la nampaknya. Boleh dengar Uncle ALEX FERGUSON tu komen nak bagi sedap hati. CHELSEA boleh pukul MU minggu depan... confirm champion. Yang best tua, dua tiga game yang lepas ni, semuanya makan besar (Bukan nak takabbur). Kalau boleh consistant macam tu, kira ok la..
ServerFreak Web Hosting Solutions