Monday, November 23, 2009

ALAHAI MANCHESTER UNITED

Apa hal pula si uncle Alex Ferguson? Memang betul apa yang dikata... Dulu masa MU kalah, dia hentam refree bagai hendak gila. Kelmarin menag 3-0 dengan Everton (pasukan nombor 14 dalam carta liga BPL), dia tidak puji refree pun. Berapa punya buruk perangai betul si uncle manager ( orang Kedah kata mandajai)MU ni. Sudah lah Chelsea (saya punya team la)menang besar 4-0 ke atas Wolves, dia lagi cakap MU ada peluang nak jadi juara BPL sampai Tahun Baru 2010 nanti. Ini seduatan dari Berita Harian 23 November 2009:

"Seandainya kami sampai ke Tahun Baru dan kami hanya ketinggalan satu mata atau pun mendahului satu mata atau pun sama, bererti kami mempunyai peluang terbaik dalam babak kedua musim"

kata Sir Alex Ferguson (tak sedar-sedar diri).

Yang buruknya si uncle Alex ini ialah tidak mahu mengaku kelemahan team atau diri sendiri. Sebaliknya, terlalu angkuh dan menganggap MU adalah masih The Best Team in England atau Eropah dan dunia. Kalau tengok pemain MU, memang tidak pernah "shake hand" kalau menjatuhkan pemain lawan. Sombong betul. Ini yang si tua bangka tu ajar pemain-pemain MU. Mana dia "respect" yang selalu dilaung-laungkan oleh FIFA.

Berbeza dengan team Chelsea yang sekarang sedang mendahului 33 mata. Respect gila pada pengurus Chelsea yang sentiasa "cool" dan serius. Jarang nampak ia tersenyum.. Tapi, pemain-pemain Chelsea respect pemain lain.

No comments:

Post a Comment

Please write here:

ServerFreak Web Hosting Solutions