Wednesday, December 02, 2009

CHELSEA MEMANG HEBAT

CHELSEA

menang lagi dengan ARSENAL, dengan jaringan 3-0. DROGBA dapat 2 gol, 1 gol sendiri. Mata

CHELSEA

sekarang meningkat jadi 36, Man Utd baru dapat 31, Totenham 26, Arsenal 25,Liverpool 23. Berdasarkan kedudukan sekarang, harap-harap

CHELSEA

konsisten dalam semua game...

Dalam akhbar Berita Harian (1 Disember 2009), ANCELOTTI mula terbayang piala..

The Blues mampu juarai EPL jika pemain kekal fokus hingga akhir musim.

Ancelotti mula terbayang piala


LONDON: Carlo Ancelotti percaya Chelsea mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya kekal fokus selepas mencatat kemenangan meyakinkan ketika menundukkan Arsenal 3-0, kelmarin.

Skuad bimbingan Ancelotti itu melebarkan kembali kelebihan lima mata di tangga teratas liga, hasil dua jaringan Didier Drogba dan gol sendiri Thomas Vermaelen di Stadium Emirates.

The Blues jelas menguasai saingan dalam perebutan gelaran liga selepas rentetan lima kemenangan dan Ancelotti mengakui, segalanya mungkin jika pemain mengekalkan kecemerlangan mereka sehingga ke akhir musim.
Kenyataan pengurus warga Itali itu nyata ada kebenarannya selepas kemenangan ke atas juara bertahan, Manchester United, Liverpool dan kini Arsenal.

Namun Ancelotti pantas memberikan amaran bahawa pemainnya tidak mampu leka selepas kekalahan kepada Wigan dan Aston Villa awal musim ini, yang menunjukkan apa yang boleh berlaku seandainya memandang mudah lawan.

“Kami sedar segala kemungkinan yang ada. Kami boleh menang semua perlawanan tapi jika kami lalai, kami juga boleh kalah semuanya. Pemain harus memberikan tumpuan dan mengekalkan disiplin dalam usaha itu,” kata Ancelotti.

“Pemain memulakan musim dengan yakin mampu menjuarai liga. Matlamat kami adalah kekal beraksi dalam semua pertandingan sehingga akhir musim.

“Apabila saya menandatangani kontrak dengan Chelsea, saya percaya kami boleh menang sesuatu.”

Selepas nampak mudah menjinakkan Gunners, Chelsea kini berada 11 mata mengatasi lawan setempat mereka dari London itu, yang impian kejuaraan mereka nampak seakan sudah berkubur untuk setahun lagi. - AFP

Lain pula cerita BENITEZ. Tiada apa nak komen, puji penjaga gol sendiri iaitu, JOSE REINA adalah antara PENJAGA GOL TERBAIK DUNIA.
Chelsea buka aksi Piala FA jumpa Watford pertama The Blues

LONDON: Juara bertahan, Chelsea akan memulakan langkah mempertahankan gelaran Piala FA dengan menentang pasukan dari Liga Kejuaraan, Watford yang juga finalis 1984, di gelanggang sendiri, selepas undian pusingan ketiga dibuat kelmarin.

Undian itu turut memberi peluang kepada pengurus Chelsea, Carlo Anceletti untuk berdepan dengan seorang daripada penyanyi pujaannya yang juga bekas pengerusi Watford, Sir Elton John.

“Saya tidak tahu banyak mengenai Watford tetapi saya ada peluang untuk melihat mereka,” katanya.
Perlawanan lain yang membabitkan kelab utama adalah antara Aston Villa dan Blackburn serta Hull menentang Wigan. Semua perlawanan akan berlangsung pada 2 dan 3 Januari depan. - AFP

UNDIAN PUSINGAN TIGA

Tottenham mln Peterborough

Brentford mln Doncaster

Middlesbrough mln Manchester City

Stoke mln York

Notts County mln Forest Green Rovers

Huddersfield mln West Brom

Sheffield United mln Queens Park Rangers

MK Dons mln Burnley

Chelsea mln Watford

Nottingham Forest mln Birmingham

Preston mln Colchester

West Ham mln Arsenal

Aston Villa mln Blackburn

Portsmouth mln Coventry

Sunderland mln Oxford/Barrow

Wigan mln Hull

Everton mln Carlisle

Sheffield Wednesday mln Crystal Palace

Tranmere/Aldershot mln Wolves

Blackpool mln Ipswich

Fulham mln Swindon

Stockport/Torquay mln Brighton

Scunthorpe mln Barnsley

Southampton mln Rotherham/Luton

Bristol City mln Cardiff

Reading mln Liverpool

Staines/Millwall mln Derby

Plymouth mln Newcastle

Leicester mln Swansea

Bolton mln Lincoln

Accrington/Barnet mln Gillingham

Manchester United mln Kettering/Leeds

Apa pula hal Uncle ALEX FERGUSON? PEMAIN MUDA TETAP JADI SANDARAN FERGIE. Itulah bunyi berita yang keluar.


No comments:

Post a Comment

Please write here:

ServerFreak Web Hosting Solutions