Thursday, December 03, 2009

SUKAN SEA-LAOS


MALAYSIA MENANG BESAR


TAHNIAH!!!

Malaysia nampaknya begitu garang dalam pertandingan bolasepak Sukan SEA yang sedang berlangsung di Laos. Pasukan negara, anak didik K.Rajagopal telah membelasah pasukan "kerdil" Timor Laeste dengan jaringan 11-0. Jumlah ini cukup untuk setiap seorang pemain, jurulatih tidak dapat gol.(Memang jurulatih tidak dapat gol, dia di luar padang. Cakap aje lebih)

Apa yang kita sedang fikirkan ialah perlawanan-perlawanan yang datang.

Perlawanan Thailand-Vietnam telah berakhir dengan keputusan seri 1-1. Suatu petanda yang jelas kepada pemain-pemain bola sepak negara, bahawa pasukan Thailand dan Vietnam adalah sebuah pasukan yang akan menggugat kecemerlangan pasukan negara untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke separuh akhir. K.RAJAGOPAL kena fikirkan sesuatu dengan semasak-masaknya. Kalau kena cari bomoh (boh-mau) Siam, cari lah sekarang. Mungkin jurulatih sudah ada "planning", tapi pemain yang kadang-kadang tiada fokus atau tiada semangat juang yang tinggi.

Kalau kita lihat pasukan bola sepak negara lain, (seperti Jepun, Korea...)mereka bermain bermati-matian (sehingga ada yang mati ditengah padang, dipanah petih..) sehingga berjaya. Ini tidak ada pada pemain Malaysia. Habis tu, pergi makan angin saja.


Gambar Pasukan Malaysia


Pantothen

No comments:

Post a Comment

Please write here:

ServerFreak Web Hosting Solutions